Sunday, 8 July 2012

Mari Selawat :)

assalamualaikum :)

Setelah sekian lama menyepi after Euro *cewwaahh, finally I'm back. hihi sebenanya bukan menyepi tp no idea to write.
Dari 1st post wa bgtaw nak share bnda2 berguna kat sini kan? So its quite difficult for me to find what to be shared here.
Frankly speaking, act wa agak takot klu nak share or nak tules pasai ke arah keaagamaan ni. Maafkan tp memang begitu, rase mcm cetek sgt pengetahuan nak bercerita tntangnya.
Tp I'll try, niat wa nak share, nak sama2 ingat mengigati dan belajar. Mohon tegur if wa ad salah :) 
For this entry, wa nak ajak semua jom kita perbanyakkan selawat :)
Banyak fadhilat berselawat ke atas Nabi kita S.A.W. 

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

*sumber dari Portal Rasmi Madrasah Pasir Tumboh

Tidak mahukah kita merebut ganjaran ALLAH itu?  Mahukah kita berada dalam kalangan orang yang rugi?
Tidak ! Jadi jom kita perbanyakkan selawat :)
Selain tu, wa nak share jugak satu cerita, kisah benar.
Yang boleh wa terfikir nak share pasai Fadhilat Selawat ni sebab haritu setengah hari wa kena ceramah kat ayh :) Banyak yang ayh cerita tentang fadhilat selawat ni.
Meh2 nak cite :)


My dad sangat2 lah berpesan suruh perbanyakkan selawat. Besar fadhilat dan syafaat nabi katanya. 
Ayh cakap, theres two things had happened yang buat dia sangat2 berpegang akn kelebihan dan kebesaran fadhilat selawat ni.
Maafkan, wa igt satu je ceritanya sebab lagi satu tu tk berapa nak lekat dalam kepala so x berani nak cerita. kuikui
Begini ceritanya :)
Berapa tahun yang lepas wa x egt, tp its happened selepas arwah nenek meninggal. A few days after that la.
Kami sekeluarga tk sempat nak jumpa nenek masa saat2 terakhir arwah dan berkat doa satu-satunya anak lelaki arwah ni, arwah datang dalam mimpi ayh.
Arwah datang dan tidur atas peha ayh yg duduk bersila. Ayh usap rambut nenek dan dia mintak ampun untuk segala-galanya dan mintak halal untuk makan dan minum sepanjang arwah membesarkan dia.
Arwah bgtaw dia dah pun maafkan dan halalkan segalanya. Then ayh tanya bagaimana arwah kat sana.
Then arwah bgtaw, dia selamat. Ayh tanya lagi, macam mana boleh tahu yang arwah dah selamat?
Dan arwah jawab, sebab arwah SELALU SELAWAT KE ATAS NABI DAN ARWAH TELAH JUMPA TUANNYA. SubhanaAllah.
Arwah jugak pesan supaya ayh selalu selawat.
Selepas tu ayh tersedar dan lihat tangan dia masih bergerak seolah-olah masih lagi mengusap rambut arwah. Maha suci Allah.
Thats what yang ayh cerita pada kami.
Dan persoalannya, arwah bgtaw dia dah jumpa tuan selawat itu. Siapakah orangnya? Kekasih Allah itukah? Wallahualam.
Jikalau benar Rasulullah, idak mahukah kiat berjumpa baginda?
Banyak persoalan yang tk terjawab sebenarnya kerana kita hanya manusia, kita hanya hamba. Pengetahuan kita terbatas.
Mohon semua ambik iktibar, fikir2 kan.
Hmmm so, itulah yg wa boleh kongsi setakat ni. The true story, untuk kita fikir2 kan.
Apa lagi, jom semua kita perbanyakkan selawat ke atas Rasullullah kita yang tercinta :)

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Jom sama2 kita jadikan اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ sebagai amalan harian kita :)
Spread the peace be blessed peeps. Selamat beramal. Assalam :) 

No comments:

Post a Comment